Nak Mohon Intership Di Syarikat Pilihan Anda? Ikuti Tips Penulisan Dan Kandungan Dalam Resume Internship.

Sekiranya anda seorang pelajar atau siswazah yang ingin mencari peluang latihan industri atau internship, anda boleh senaraikan kesemua pencapaian yang anda perolehi semasa belajar untuk dimasukkan kedalam resume anda. Penyenaraian tersebut dapat menguatkan lagi peluang anda untuk diterima masuk ke tempat latihan industri yang dimohon.


Selain itu, pelajar juga boleh menyertakan sekali kemahiran atau kebolehan kendiri yang semula jadi ataupun yang dipelajari semasa tempoh pengajian. Seterusnya, jika anda terlibat dalam aktiviti sukarelawan dan aktiviti kurikulum perlulah disenaraikan sekali. Ambil peluang ini untuk menunjukkan bakal majikan kemahiran yang anda ada bagi membantu permohonan internship anda dipertimbangkan untuk jemputan temuduga kelak.

Apa Yang Perlu Ada Dalam Resume Internship

1) Fokus Pada Pendidikan
.
Tekankan kepada latarbelakang akademik anda. Sertakan sekali nama institusi dan ijazah yang diambil, termasuk sebarang pencapaian seperti keputusan GPA yang tinggi atau apa sahaja anugerah akademik yang pernah diterima. Jika anda pernah mengambil kursus yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, letakkan sekali maklumat tersebut di dalam resume internship anda.

2) Masukkan Pekerjaan Yang Berkaitan
.
Pelajar boleh memasukkan sebarang pengalaman latihan industri atau pekerjaan sambilan untuk menyatakan kemahiran yang anda telah perolehi walaupun pengalaman tersebut tiada kaitan dengan jawatan yang dipohon. Sebagai contoh, anda boleh memasukkan pekerjaan sambilan sebagai juruwang sekiranya pengalaman itu mengajar erti khidmat pelanggan atau kemahiran kepimpinan.

3) Masukkan Aktiviti Ekstra Kurikulum
.
Tidak mengapa jika anda tidak mempunyai pengalaman kerja yang mencukupi, anda boleh memasukkan apa sahaja pengalaman aktiviti semasa belajar. Ianya termasuk kelab, persukanan, aktiviti sukarelawan atau khidmat masyarakat. Kesemua aktiviti tersebut dapat menunjukkan kemahiran serta kebolehan anda.

4) Masukkan Pengalaman Kepimpinan
.
Pernahkah anda memegang jawatan di sebuah kelab persatuan, atau pernah menjadi kapten dalam mana-mana pasukan? Pernahkah anda menjalani tanggungjawab sebagai seorang pemimpin semasa bekerja dahulu? Pastikan anda senaraikan segala pengalaman kepimpinan yang anda perolehi kerana ianya dapat menunjukkan keupayaan anda untuk memimpin sebuah pasukan.

Apa Penulisan Yang Perlu Digunakan 

1) Gunakan Kata Kerja
.
Penggunaan kata kerja yang betul dapat menunjukkan tanggungjawab anda. Apabila menerangkan tentang pencapaian anda, gunakan kata kerja seperti menerajui, meneliti dan mencipta untuk menggambarkan pengalaman anda dengan cara yang energetik.

2) Gunakan Nombor Apabila Perlu
.
Jika boleh, pelajar disarankan untuk memasukkan nombor untuk menunjukkan pencapaian anda dengan lebih teliti. Contohnya, anda berjaya mengutip sebanyak RM10,000 dalam sehari semasa bekerja sebagai juruwang. Atau juga boleh menyatakan bahawa anda telah menolong antara 50 – 100 pelanggan setiap hari sebagai ‘retailer’.

3) Pamerkan Kemahiran Yang Memenuhi Syarat Jawatan
.
Sesetengah kemahiran mempunyai permintaan tinggi oleh majikan terhadap para graduan kolej, dan terdapat juga kemahiran khusus lain yang berkait rapat dengan jawatan yang pelajar pohon. Pastikan anda memasukkan kemahiran yang paling relevan untuk setiap kategori di dalam resume internship anda.

4) Edit dan Proofread
.
‘Proofread’ atau semak resume internship anda seberapa banyak kali yang mungkin sebelum menghantar kepada bakal majikan. Resume yang tiada cacat cela dan mengikut format akan membuat anda kelihatan profesional. Pelajar turut boleh rujuk kawan atau ahli keluarga untuk menyemak resume internship tersebut.

Sumber : Jobstore
Nak Mohon Intership Di Syarikat Pilihan Anda? Ikuti Tips Penulisan Dan Kandungan Dalam Resume Internship. Nak Mohon Intership Di Syarikat Pilihan Anda? Ikuti Tips Penulisan Dan Kandungan Dalam Resume Internship. Reviewed by Admin PG on September 01, 2020 Rating: 5

1 comment:

Semakan Status & Jumlah Pembayaran BKC Fasa 3

Untuk реmbеrіtаhuаn ѕеmuа, реmbаhаgіаn bantuan BKC untuk fаѕа kеtіgа akan dіbаhаgіkаn pada bulаn Dіѕеmbеr іnі.  Bagi fаѕа kеtіgа іnі, soalan...

Powered by Blogger.