Permohonan Rumah Mesra Rakyat : Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun atas kekangan yang dihadapi terutamanya dari segi kewangan dan tempat tidak mengizinkan. Mungkin ramai diantara kita yang mempunyai tanah sendiri tapi tidak cukup dari segi kewangan untuk mendirikan rumah sendiri. 

Pihak kerajaan ada berita baik untuk masalah yang dihadapi seperti berikut untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan ataupun daif dibawah Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) yang dipanggil Program Rumah Mesra Rakyat.

Program Rumah Mesra Rakyat 2020 di bawah SPNB diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri dan selesa.

2 Jenis Program Jenis Rumah Mesra Rakyat SPNB :

1. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
2. Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)

Program RMRIM ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Program RMRPLUS yang mengambil konsep asas Program RMR di mana ianya dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri dan tidak memenuhi syarat kelayakan program RMR. RMRPLUS yang mensasarkan golongan di atas. Selain itu, ianya terbuka kepada semua yang berkelayakan mendapatkan pinjaman melalui institusi kewangan atau bayaran tunai untuk pembiayaan kos pembinaan.

Syarat Kelayakan RMR1M 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah mestilah diantara RM750 ke RM3,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah. 
  6. Pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  7. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  8. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

Syarat Kelayakan RMRPLUS 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18 tahun ke atas
  3. Mempunyai tanah sendiri atau merupakan salah seorang pemilik atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah
  4. Keluasan tanah minima 3,750 Kps (50’ x 75’)
  5. Berkelayakan mendapatkan pinjaman bank, lain-lain institusi kewangan atau melalui bayaran tunai untuk pembiayaan kos pembinaan

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat 

  1. Buka Laman Web Rasmi SPNB ONLINE   
  2. Klik Pendaftaran Baru Dan Isi Borang Pendaftaran Login Dengan Lengkap
  3. Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. Log masuk ke laman utama. Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. Lengkapkan borang online
  6. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
  7. Majukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Dokumen Yang Diperlukan 

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar 
Nota : 
1. Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
2. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Tanggungjawab Pemohon

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  5. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan) 

Kaedah Pelaksanaan Dan Ciri-Ciri Program RMR

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pemohon yang ingin memohon. Jangan lupa, pastikan anda semak syarat kelayakan dan ikuti langkah permohonan yang diberikan. Semoga berjaya !
Permohonan Rumah Mesra Rakyat : Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Permohonan Rumah Mesra Rakyat : Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Reviewed by Admin PG on August 07, 2020 Rating: 5

No comments:

Semakan Status & Jumlah Pembayaran BKC Fasa 3

Untuk реmbеrіtаhuаn ѕеmuа, реmbаhаgіаn bantuan BKC untuk fаѕа kеtіgа akan dіbаhаgіkаn pada bulаn Dіѕеmbеr іnі.  Bagi fаѕа kеtіgа іnі, soalan...

Powered by Blogger.