Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa BSH 2020 RM100 Sebulan - PenaGraduan

Pada tahun 2020 ini, ada berita baik kepada anak-anak mahasiswa yang berasal dari Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk mahasiswa yang menetap dan berasal daripada Negeri Sembilan dan berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Dengan adanya Iinisiatif bantuan sebanyak RM100 ini, kerajaan Negeri Sembilan berharap dapat membantu meringankan beban mahasiswa dan keluarga. Bantuan RM100 sebulan ini layak kepada mahasiswa yang memenuhi syarat. Ikuti perkongsian yang telah disediakan di bawah.

Syarat Semakan Kelayakan BSH Mahasiswa 

1.Pendapatan ibu bapa / isi rumah kurang dari RM 3930 (B40)
2.Pengajian sepenuh masa dari semester 2 dan ke atas
3.Peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana di IPTA dan POLITEKNIK
4.Pemohon anak kelahiran Negeri Sembilan (05/59/31)
5.Ibu ATAU bapa lahir di Negeri Sembilan
6.Jika tidak lahir di Negeri Sembilan dan Telah menetap lebih dari 8 tahun di Negeri Sembilan sila buat pengesahan sijil sekolah rendah dan menengah melalui pejabat Dun
7.Pemohon yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana agensi tidak akan dipertimbangkan
8.Ibu atau bapa mestilah penerima BSH
9.Borang permohonan yang tidak lengkap (tidak menjawab semua ruangan) tidak akan diproses
10.Mendapat pengesahan daripada pihak Universiti dan pejabat DUN

Cara Memohon BSH Mahasiswa 

Untuk Permohonan BSH Mahasiswa 2020 ini, anda hendaklah memohon melalui online mengikut kawasan DUN masing-masing. 

Link telah disediakan disetiap nama DUN dibawah. Klik nama DUN masing-masing dan isi borang online yang telah disediakan.

1. Chennah
2. Repah
3. Bukit Kepayang
4. Lukut
5. Kuala Pilah
6. Sri Tanjung
7. Paroi
8. Labu
9. Bahau
10. Seremban Jaya
11. Sikamat
12. Chuah
13. Lenggeng
14. Ampangan
15. Nilai
16. Temiang
17. Rahang
18. Lobak
19. Kuala Klawang
20. Jeram Padang
21. Kota
22. Rantau
23. Palong
24. Senaling
25. Gemencheh
26. Linggi
27. Sungai Lui
28. Bagan Pinang
29. Johol
30. Chembong
31. Pertang
32. Gemas
33. Juasseh
34. Serting
35. Mambau
36. Seri Menanti

Maklumat Lanjut

1. YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan

2. Tel : 06-762 8046 (6 talian) 

3. Faks : 06-763 1420atau
 
4. E-mel ke admin@yns.gov.my
Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa BSH 2020 RM100 Sebulan - PenaGraduan Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa BSH 2020 RM100 Sebulan - PenaGraduan Reviewed by Admin PG on August 13, 2020 Rating: 5

No comments:

Semakan Status & Jumlah Pembayaran BKC Fasa 3

Untuk реmbеrіtаhuаn ѕеmuа, реmbаhаgіаn bantuan BKC untuk fаѕа kеtіgа akan dіbаhаgіkаn pada bulаn Dіѕеmbеr іnі.  Bagi fаѕа kеtіgа іnі, soalan...

Powered by Blogger.