Cara Nak Dapatkan Diskaun Saman JPJ / SPAD / AES 70% Dari 1-31 Ogos 2020.


      


Bersempena dengan bulan kemerdekaan tahun ini, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) menawarkan diskaun saman sehingga 70% bermula dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2020 yang mana bersamaan dengan sambutan kemerdekaan yang di sambut setiap tahun.

Bagi anda yang masih mempunyai saman tertunggak, anda boleh menikmati diskaun 70% saman JPJ / AES / SPAD bermula 1 Ogos ini.

Tawaran yang bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Cara Dapatkan Diskaun Saman 

Diskaun saman boleh dibuat melalui dua cara iaitu melalui kaedah manual dan online.

1. Cara Dapatkan Diskaun Saman Secara Manual
.
Bagi pembayaran dan semakan secara manual, anda boleh mendapatkan pengurangan saman di :
  1. semua pejabat JPJ Negeri
  2. semua pejabat JPJ Cawangan
  3. semua pejabat JPJ UTC
  4. Kiosk JPJ
*Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

2. Cara Dapatkan Diskaun Saman Secara Online
.
Berikut adalah cara membuat semakan saman online atau bayaran saman sekiranya anda mempunyai saman yang ingin dijelaskan.

Ia boleh disemak dan dibayar melalui
  1. Laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan
  2. Portal mySIKAP
  3. Aplikasi JPJ Mobile
  4. dan lain-lain saluran seperti MyEG   

Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan berkaitan diskaun saman ini, anda boleh layari laman rasmi JPJ di jpj.gov.my ataupun boleh dail di talian umum +60 3 8000 8000 atau boleh emel terus ke aduantrafik@jpj.gov.my
Cara Nak Dapatkan Diskaun Saman JPJ / SPAD / AES 70% Dari 1-31 Ogos 2020. Cara Nak Dapatkan Diskaun Saman JPJ / SPAD / AES 70% Dari 1-31 Ogos 2020. Reviewed by Admin PG on August 11, 2020 Rating: 5

No comments:

Semakan Status & Jumlah Pembayaran BKC Fasa 3

Untuk реmbеrіtаhuаn ѕеmuа, реmbаhаgіаn bantuan BKC untuk fаѕа kеtіgа akan dіbаhаgіkаn pada bulаn Dіѕеmbеr іnі.  Bagi fаѕа kеtіgа іnі, soalan...

Powered by Blogger.